Selasa, 22 Oktober 2013

Rantai Tangan Pasir

salam...

spada sesiapa yang berminat untuk menambah koleksi brg kemas atau menambah simpanan emas untuk jangka masa panjang, boleh menambahnya melalui saya..hehehhe yang dua dari belakang tu...

di sini saya ada ready stock barang kemas (BARU)

jenis : rantai pasir
Berat : 10.88 gram & 9.21 gram
harga : 134/gram


Emas melonjak

ROKET APOLLO BERLEPAS! 

Harga emas mungkin akan naik meroket. Lihat graf pada semalam (22/10/2013). 

Tunggu dan lihat ajelah



Ahad, 20 Oktober 2013

emas dan pelaburan

Rahsia Orang Kaya – Suka Beli & Simpan Emas!

Salah satu sebab kenapa ramai orang kaya sangat suka membeli dan memuat simpanan emas terutama emas fizikal adalah kerana tahap kecairannya yang sangat baik.

Tidak seperti hartanah, emas mempunyai kecairan yang baik untuk mendapatkan tunai sekiranya keperluan benar-benar mendesak. Sama ada menjualnya atau untuk tujuan pajakan.

Tambahan lagi simpanan dalam bentuk emas fizikal juga biasanya membuatkan pemiliknya mungkin berfikir lebih daripada sekali untuk menggunakannya sebab ianya tidaklah secair simpanan tunai yang boleh digunakan bila-bila masa.
Ini kerana simpanan dalam bentuk wang tunai sangat mudah diterima untuk urusniaga. Jadi dengan simpan emas sebagai simpanan, ianya jauh lebih selamat untuk kekal sebagai simpanan milik anda.

Yang menariknya lebih lama anda simpan dan miliki emas fizikal itu, bermakna ianya semakin menguntungkan pemiliknya! Sebab harga emas naik tahun demi tahun.
Tambahan lagi ianya diterima di seluruh dunia. Inilah uniknya emas, tidak seperti matawang yang dikeluarkan oleh setiap negara, ianya diterima dan diiktiraf sebagai sesuatu yang berharga dan bernilai oleh semua orang di seluruh dunia dan sepanjang masa.

Bayangkan ketika zaman pemerintahan Jepun (1942-1945) suatu ketika dahulu, wang kertas pokok pisang tidak lagi punyai nilai selepas Jepun tewas dalam perang dunia kedua kepada pihak British di Tanah Melayu.
Tapi emas yang disimpan dari zaman tersebut tetap masih bernilai dan diterima sebagai sesuatu yang berharga sehingga ke hari ini.
Selain itu, emas juga tahan lasak, senang dibawa dan boleh disimpan di mana-mana sahaja serta tetap bernilai walaupun dalam bentuk pasir. Itulah antara kelebihan beli dan simpan emas.

Ahad, 13 Oktober 2013

Menjual Perkhidmatan

mmmm...pelik kan bila tgok catacan entri hari ni.menjual perkhidmatan apa tu..
hehehehe..mai nak citer..kepakaran saya adalah memberi perkhidmatan bagi menyelesaikan masalah orang ramai yang hendak datang ke Negeri Terengganu samada untuk bercuti atau urusan kerja yang mempunyai masalah untuk mendapatkan homestay untuk tempat tinggal, juga perkhidmatan untuk mendapatkan kereta sewa, perkhidmatan mendapatkan bot bagi mereka yang berminat hendak ke laut bagi mencandat sotong atau memancing juga perkhidmatan untuk mendapatkan bahan-bahan dari negeri terengganu seperti makanannya, pakaian atau bermacam-macam lagi produk dari Terengganu.
Jika anda nak saya bantu anda dalam menyelesaikan masalah anda ini sila PM di FB saya www.facebook.com/zakiyah.adam

Roti Benggali

salam...
hari ni saya nak share tentang kebersihan makanan. memang pantang bagi orang kita kalau makan makanan yang kotor kan. lagilah kalau makan kat luar.. memang kebersihan merupakan faktor utama yang kita pastikan.
katakanlah hari tu kita terasa nak makan mee udang.. dah dua tiga hari terbayang-bayang ni. ada pula kawan bagitahu. kedai kat situ sedap, kat sini sedap. Lagilah mencecer air liur tu kan..hehehehe...terbayang udang yang besar-besar...kuah yang panas-panas dihirup..perghh..sedapnya..TAPIII.....sampai je kat kedai tersebut bila sampai je hidangan, nampak lak mangkuk yang berdaki hitam-hitam...tambah lak meja yang berminyak tak bersih...aduiii..hilang selera kan...tapi kalau pergi kedai yang bersih, meja berkilat, pinggan mangkuk pun boleh buat cermin, makanan yang biasa2 pun jadi sedap..betul tak..ini contoh kes kesan daripada cerita pembuatan makanan yang tak bersih..kadang-kadang ada juga org yang guna cara ini untuk menjatuhkan bisnes pesaing dengan mereka cerita ttg tahap kebersihan..

Jualan roti benggali merosot teruk

GEORGE TOWN - Pengusaha roti benggali di Pulau Pinang mendakwa jualan mereka terjejas teruk gara-gara tersebarnya berita bahawa terdapat sebuah kilang roti benggali di Bayan Baru di sini menguli tepung menggunakan kaki.

Presiden Persatuan Penjual-Penjual Roti Benggali Pulau Pinang, P. Manogaran berkata, hanya terdapat dua kilang dan sebuah kedai yang menghasilkan roti jenis itu di negeri ini.

Kilang tersebut ialah Maliia Bakery di Jalan Transfer, Uni Bakery di Air Itam dan Patchee Bakery di Jalan Dato Keramat.

Beliau berkata, terdapat 150 vendor berdaftar dengan persatuan ini di Pulau Pinang dan kesemua mereka hanya mengambil roti dari tiga pembekal itu selama lebih 35 tahun lepas.

"Pembuat roti berkenaan guna cara moden dan mereka telah lama dalam bidang itu.

"Kebersihan dan kualiti roti keluaran mereka berada pada tahap terbaik. Kalau tidak percaya, saya jemput orang ramai datang lihat sendiri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar semalam.

Rabu lepas, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengadakan sidang akhbar berkaitan penutupan 12 premis makanan termasuk sebuah premis membuat roti kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan.

Ia berikutan tindakan jijik pekerja sebuah kilang roti benggali yang popular di Bayan Baru menguli tepung menggunakan kaki sekali gus mengejutkan sepasukan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN) yang menjalankan pemeriksaan dalam Ops Food Court kelmarin.Kosmo!


2.jpg

Selasa, 8 Oktober 2013

Amalan khal (cuka buah) dalam sejarah dunia

Khal (cairan cuka dari buah-buahan) mempunyai sejarah amalan penggunaan yang unik. Khal merupakan minuman kesihatan yang benar-benar tulen. Apa sahaja minuman beralkohol, jika dibiarkan terdedah kepada udara secukupnya akan bertukar kembali secara semula jadi menjadi Khal. Bakteria terkawal sedia ada dalam udara memungkinkan proses ini berlaku, menukarkan apa sahaja cairan buah-buahan menjadi asid asetat seterusnya menjadi khal, memberikan khal rasa masam tajam. Jadi adalah tepat dikatakan manusia telah mengenali khal semenjak sebelum sejarah cuka dan arak mula-mula ditulis dan dicatat pengkaji.

1. Manfaat Khal Dalam Peradaban Silam Dunia
Penemuan bertulis khal dicatat sekitar 5000 sebelum Masihi, apabila Babylon mula-mula menggunakan tamar (kurma) untuk dijadikan wine dan cuka. Khal ketika itu digunakan sebagai makanan dan pengawet organik. Kesan khal ditemui pada serpihan bekas tinggalan kota Mesir purba sekitar 3000 sebelum masihi. Begitu juga sejarah amalan khal di China sekitar 1200 sebelum masihi.

Pada era peradaban kristian, khal diguna sebagai perasa tambahan dalam makanan, minuman penambah tenaga, dan sebagai ubat-ubatan, seperti tercatat dalam bible perjanjian lama.

Di zaman Greek kuno, sekitar 400 sebelum Masihi, Hippocrates, bapa perubatan moden menggunakan khal bercampur madu untuk mengubati pelbagai penyakit, termasuk demam selesema dan batuk.

2. Khal dan Faedah Ketenteraan
Sejarah amalan khal menyediakan pelbagai contoh penggunaan kepada para pahlawan dan tentera. Khal yang dicairkan telah digunakan sebagai minuman pemberi tenaga (tonik tenaga) kepada tentera berkurun lamanya. Tentera Roman menamakan khal minuman pemulih tenaga sebagai 'posca', dan mengamalkan khal secara berterusan seperti juga samurai Jepun. Tambahan khal dalam air minuman membantu dalam membunuh sebarang bakteria infeksi (jangkitan) kemungkinan wujud dalam badan.

Sepanjang sejarah, sifat antiseptik khal secara semulajadi menyebabkan khal digunakan sebagai pembersih dan disinfektan pada bahagian luka seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. Khal
juga diguna dalam Perang Sivil Amerika dan hingga akhir era Perang Dunia Pertama.

3. Penggunaan Luarbiasa Khal
Sekitar 40 sebelum Masihi, permaisuri Cleopatra semasa perayaan menyambut jeneral Rom, Mark Anthony, baginda melarutkan mutiara kedalam cairan khal, sebelum meminum khal tersebut. Sebagai tanda baginda mampu mengadakan pesta mahal hanya untuk mereka berdua.

Pada 1721, wabak Bobonic (Bubonic Plague) menular di Perancis, begitu tragik sehinggakan banyak mayat dibiarkan sahaja di mana-mana tidak dikebumikan. Untuk menyelesaikan masalah ini, penguasa Perancis mengarahkan pesalah yang sedang menunggu hukuman mati untuk menguruskan mayat yang dijangkiti. Ramai banduan mati kecuali satu pasukan pencuri empat orang, mereka terselamat dengan meminum khal bersama bawang putih dalam kuantiti yang banyak dalam sehari.

Dengan merendam span ke dalam khal dan diletakkan di depan hidung semasa berjalan, aristokrat Eropah abad ke-17 dan ke-18 berjaya menghindari bau busuk sampah dan air longkang di jalanan kota.
- See more at: http://www.blog.khaltamarplus.com/2010/12/amalan-khal-cuka-buah-dalam-sejarah.html#sthash.aNAMvXkE.dpuf

Isnin, 7 Oktober 2013

Restoran caj RM6000 untuk sarapan pagi

Restoran caj sarapan VVIP RM6,000
ROSALWANI CHE SOH
8 Oktober 2013



KOTA BHARU - Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan 

pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat 
Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).

Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri 

satu majlis rasmi di bandar ini.

Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya 

menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga 

yang sedia ada dengan pita pelekat.

“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga 

sesuka hati ke atas pelanggan.

"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita,

 selepas serbuan ke atas restoran terbabit.

sumber: sinar harian.

Dulu Mr Bean kini Madonna Mempelajari Islam

Dua tiga hari lepas kita di kecohkan kononnya Mr bean telah memeluk Islam pada 1 oktober lepas. kecoh sana sini. Media pertama yang melaporkannya ialah sadabladi.com dan salah satu media israel iaitu israellycool.com. Menurut mereka Mr Bean memeluk Islam selepas menonton filem yang membuat fitnah dan menghina nabi Muhammad iaitu filem Innocent of Muslim. Tetapi rupa-rupanya berita ini tidak benar dan israellycool.com membetulkan kembali maklumat ini. Sekarang ini pula Madonna dikatakan telah mempelajari Al-quran. Dia dikatakan banyak membantu membina sekolah-sekolah untuk perempuan di negara-negara Islam.. Wallahualam

Ahad, 6 Oktober 2013

Manusia: Antara Fantasi dan Realiti

Kadang-kadang kita selalu berangan-angan atau lebih tepat lagi impian. Angan-angan selalu dikaitkan dengan mat jenin manakala Impian ini lebih hampir dengan realiti iaitu dalam mencapai cita-cita, dalam kebosanan kadang-kadang impian dan angan-angan ini silih berganti. Namun yang pasti semua orang mahu berjaya, mahu kaya, mahu bahagia dan mahu semahu-mahunya selagi tercapai dek otak ni untuk berfikir. Tapi jangan dilupakan realiti kita yang sebenarnya..di sini saya mahu kongsikan apa yang pernah saya baca mengenai kita.. MANUSIA. ...

10 Prinsip Menjadi Manusia

1. Kamu akan mendapat satu badan, suka atau tidak ia menjadi milik kamu seumur hidup.

2. Kamu akan diberi pengajaran, kamu didaftarkan di bawah satu kursus dinamakan kehidupan.

3. Tidak akan ada kesalahan. Yang ada hanyalah pembelajaran yang mana kamu kenalah mengambil pengajaran daripadanya.

4. Pembelajaran akan diulang berkali-kali sehinggalah kamu mengambil pengajaran daripadanya.
5. Selagi kamu bernafas, selagi itulah masih ada benda yang perlu dipelajari.

6. Tiada tempat lain yang lebih baik bagi kamu melainkan di mana kamu berada sekarang. Tempat paling terbaik untuk melakukan apa sahaja adalah di mana kamu berada sekarang.

7. Kamu boleh mengubah dunia dengan dua cara sahaja. Sama ada kamu mengubah dunia dengan kehebatan kamu sendiri atau kamu mengubah dunia dengan mengubah cara kamu melihatnya.
8. Kehidupan kamu adalah siri pilihan yang membawa kepada kesan dan akibat. Kamu tidak boleh mengawal kesan atau akibatnya tetapi kamu boleh membuat pilihan.
9. Setiap persoalan dalam kehidupan ada jawapannya. Cuma kadangkala kamu memerlukan masa. 
10. Jika kamu seorang manusia, kamu pasti akan lupa mengenai semua perkara di atas. 

Cara Membuat Blog

Assalamualaikum w.b.t..

Nampaknya hari ni tak tahu nak share apa dengan kawan-kawan..lepas fikir2..mmm.. baik juga saya share ilmu yang saya tahu ..antaranya buat blog..harap sesiapa yang berminat nak buat blog dan tak tahu caranya boleh memanfaatkan artikel ini dan harap sedikit sebanyak dapat tolong kawan-kawan....

1. Mula-mula pastikan anda ada email gmail..gmail tau....kalau takde register dulu

2. Isi semua maklumat yang diperlukan.

3. Sekarang anda dah siap buat email gmail...dah boleh start buat blog. Apa yang perlu anda lakukan adalah kembali ke blogger..
                             a) Pilih Blogger Profile...

                          b)      Isikan Blogger profile..nama yang kita nak guna...kemudian klik kotak                                                Continue to Blogger     

4. Taraaa.... selangkah anda sudah menghampiri untuk memiliki blog sendiri..
                     
                                  a) klik butang New blog
                   
                                   b) Akan keluar camni...masukkan tajuk blog kita tu..pastu url/adress yang                          nak digunakan ....pilih Template.. siap ni klik  butang CREATE BLOG


5. jeng-jeng-jeng.....suspen sikit.. apa yang jadi sekrang..nah anda dah ada BLOG SENDIRI..

boleh mula masukkan artikel dan view blog.. ini contoh asas blog anda yang belum dicantikkan lagi


ok..sampai disini dulu hari ni.. tutorial seterusnya akan menyusul kemudian.. sesiapa yang rasa nak lagi tutorial sila tinggalkan komen anda di bawah ye...harap sedikit sebanyal info ini dpat membantu ....

Khamis, 3 Oktober 2013

Pos Laju atau Pos Ekspress

Mesti ramai di kalangan kita yang selalu mengirim atau menerima barang dari jarak yang jauh. Biasanya perkhidmatan yang selalu digunakan adalah POS Malaysia ataupun kurier biasa seperti Skynet, Nationwide, Gdex, Citylink dan banyak lagi. Manakala untuk antarbangsa pula seperti Fedex, DHL dan lain-lain lagi.. Tetapi yang paling banyak digunakan ialah POS Malaysia. ramai yang keliru antara Pos laju dan juga Pos Ekspress. Seperti saya juga pada mulanya ingatkan sama, yang membezakan hanya sampul sahaja. Yang penting pos hari ini dijanjikan sampai besok

Rupa-rupanya banyak perbezaaan antara dua ini. Poslaju merupakan cabang Courier Pos Malaysia, manakala Pos ekspress cabang biasa Pos Malaysia. Kalau hendak lebih selamat pilihlah Pos laju kerana setiap penghantaran dikehendaki tandatangan penerima. Sebaliknya pula Pos Ekspres, penghantaran akan terus dimasukkan ke kotak peti surat atau pintu rumah tanpa memerlukan tandatangan penerima. Memang banyak perbezaan. Cuma saya yang terlepas pandang, selepas ini kalau barang-barang yang penting lebih baik menggunakan pos laju. Kalau penerima tiada di rumah notis pemberitahuan akan ditinggalkan. Harap info ini dapat memberi sedikit manfaat kepada kawan-kawan pengguna-pengguna Pos di Malaysia.


MyStory

Bismilillahhirahmanirahim..

Asslamualaikum w.b.t..
Akhirnya setelah berhari-hari tidak mempunyai masa yang sesuai untuk menulis blog, hari ini berjaya juga dimulakan. Ini kisah hidup saya, seorang wanita biasa yang hidup biasa-biasa yang ingin mengubah hidup kepada hidup luar biasa. In Shaa Allah. Sekarang ini saya bekerja di bidang IT, sudah hampir sembilan tahun. pejam celik pejam celik tidak sedar sudah hampir satu dekad rupanya saya berada di sini. setiap hari jari jemari menari di atas keyboard komputer. Apa perubahan hidup saya semenjak 9 tahun lepas? Jawapannya  masih lagi di sini, menghadap monitor dan persekitaran yang sama hari demi hari tahun demi tahun. Sekilas terdetik di minda sesuatu harus dilakukan. Kerjaya ini memang bukan impian dari zaman pengajian tetapi peluang yang datang dan tuntutan hidup memerlukan saya menerima dengan penuh rasa syukur dan keikhlasan. Sebagai siswazah yang baru tamat pengajian istilah memilih kerja tidak harus ada dalam hidup. Setiap perkara yang berlaku merupakan pengalaman yang mahal. Kita tidak seharusnya meletakkan syarat dalam apa jua yang kita lakukan selagi tidak melanggar norma hidup atau hukum agama kerana pengalaman yang berbeza akan menambahkan lagi nilai hidup dan juga ilmu pengetahuan dalam menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran ini.

Semenjak kecil saya sudah didedahkan dengan dunia perniagaan. Jujur saya katakan saya tidak lahir di kalangan jutawan, orang kaya mahupun orang berduit. Hidup serba sederhana dengan kedua ibu bapa yang penyayang, adik beradik yang ramai dan juga tuntutan hidup yang tinggi merupakan satu cabaran yang amat hebat. Ibu kesayangan merupakan peniaga di Pasar Kedai Payang dan bapa yang sudah berusia dan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan hanya bekerja kampung. . Seawal usia lima tahun saya sudah dibawa oleh ibu tersayang menemaninya berniaga di kedai buah-buahan di pasar terbabit. Di usia sebegini dunia perniagaan merupakan kerjaya pertama yang saya terlibat secara tidak langsung sehinggalah saya menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Minat berniaga membuatkan saya mula mengambil peluang berniaga di sekolah. Masih lagi jelas di ingatan saya gula-gula asam jawa merupakan makanan pertama yang dijual sewaktu di tahun satu. Hasil jualan walaupun sedikit tetapi amat menggembirakan hati seorang kanak-kanak yang berumur tujuh tahun.  Minat ini bagaimanapun terhenti sehingga darjah lima. Sepanjang 5 tahun itu beraneka jenis makanan ataupun barang yang dijual. Persekitaran dan juga pergaulan dengan rakan-rakan lain membataskan minat tersebut. Ditambah pula dengan aktiviti persekolahan yang semakin padat.

Ibu kesayangan selalu menitipkan pesan,  "kita bukan orang kaya sampai bila hendak terbelenggu dengan keadaan ini. Emak tidak mahu anak-anak mewarisi kesusahan ibu dan ayah. Selagi boleh belajar, belajarlah. Capai ILMU setinggi yang boleh. Ilmu boleh merubah hidup kita". Pesan ini diberikan kepada kesemua anak-anaknya seramai tujuh orang.  Pesan ibu dan ayah supaya menuntut atau mencari ilmu sentiasa diulang-ulang dan diingatkan saban hari pada anak-anaknya. Malangnya, usia ayah tidak panjang belum sempat anak-anak membalas jasa dia kembali kepada penciptaNya. Hanya keringat abang sulung yang sempat dirasainya. Sewaktu ini masing-masing sibuk mengejar ilmu di sekolah dan Universiti. Sembilan tahun kemudian Ibu kesayangan pula menyusul. Namun ibu sempat berkongsi kesenangan dengan anak-anak kesayangnya. Hari ini , Alhamdulillah lima dari tujuh adik beradik berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Dengan seorang daripadanya sedang menyiapkan Ijazah kedoktoran. Masing-masing juga sudah mempunyai kerjaya sendiri. Dengan ilmu nasib keluarga ini berubah.

Berpegang pada menuntut Ilmu inilah telah berjaya membawa saya ke seminar yang diberikan oleh Dr Azizan Osman. Seorang Mentor pemasaran no 1 di asia. Terima kasih Dr. Azizan. Disini saya akan mulakan kembali minat yang pernah terhenti suatu ketika dulu dengan lebih bersungguh lagi. Beberapa jenis perniagaan pernah saya cuba sepanjang sembilan tahun ini namun belum menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Namun kehadiran saya ke seminar ini telah menyuntik semangat baru dalam diri. Inilah kisah hidup saya. Penuh dengan suka duka, namun amat berharga. Azimat yang tiada tandingangnya. Ilmu, pengalaman dan idea yang saya ada akan digunakan untuk menggerakkan lagi cita-cita saya untuk menjadi usahawan yang berjaya. In Shaa Allah.