Rahsia Orang Kaya – Suka Beli & Simpan Emas!
Salah satu sebab kenapa ramai orang kaya sangat suka membeli dan memuat
simpanan emas terutama emas fizikal adalah kerana tahap kecairannya
yang sangat baik.
Tidak seperti hartanah, emas mempunyai
kecairan yang baik untuk mendapatkan tunai sekiranya keperluan
benar-benar mendesak. Sama ada menjualnya atau untuk tujuan pajakan.
Tambahan
lagi simpanan dalam bentuk emas fizikal juga biasanya membuatkan
pemiliknya mungkin berfikir lebih daripada sekali untuk menggunakannya
sebab ianya tidaklah secair simpanan tunai yang boleh digunakan
bila-bila masa.
Ini kerana simpanan dalam bentuk wang tunai sangat
mudah diterima untuk urusniaga. Jadi dengan simpan emas sebagai
simpanan, ianya jauh lebih selamat untuk kekal sebagai simpanan milik
anda.
Yang menariknya lebih lama anda simpan dan miliki emas
fizikal itu, bermakna ianya semakin menguntungkan pemiliknya! Sebab
harga emas naik tahun demi tahun.
Tambahan lagi ianya diterima di
seluruh dunia. Inilah uniknya emas, tidak seperti matawang yang
dikeluarkan oleh setiap negara, ianya diterima dan diiktiraf sebagai
sesuatu yang berharga dan bernilai oleh semua orang di seluruh dunia dan
sepanjang masa.
Bayangkan ketika zaman pemerintahan Jepun
(1942-1945) suatu ketika dahulu, wang kertas pokok pisang tidak lagi
punyai nilai selepas Jepun tewas dalam perang dunia kedua kepada pihak
British di Tanah Melayu.
Tapi emas yang disimpan dari zaman
tersebut tetap masih bernilai dan diterima sebagai sesuatu yang berharga
sehingga ke hari ini.
Selain itu, emas juga tahan lasak, senang
dibawa dan boleh disimpan di mana-mana sahaja serta tetap bernilai
walaupun dalam bentuk pasir. Itulah antara kelebihan beli dan simpan
emas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan